Friday, September 30, 2011

melayu sempit

          Memang sikap Melayu yang berfikiran kolot dan sempit jadi tidak hairan la Melayu dihamba-hambakan oleh bangsa lain. Bukan mahu  mengherdik atau menghina bangsa sendiri tetapi itulah hakikatnya. Memang dah jadi ramuan bagi Melayu untuk ketawakan bangsanya sendiri ekoran kesusahan. 
          Ya.. kenapa manusia yang berbangsa Melayu ini suka melihat,suka mentertawakan bangsanya sendiri yang bergelar Melayu dan beragama Islam ini? Hairan..kenapa orang Melayu tidak pernah mengherdik dan menghina bangsa lain? Mungkin ada..tetapi jarang-jarang benda sebegini berlaku..Sering kita dengar Melayu sesama melayu mengumpat menghina bangsanya sendiri. 
           Melayu adalah bangsa yang paling ego! betul ke? bagi aku 'ya'. Ego dalam kerjaya.Ego dalam pemikiran. Ego dalam perbuatan.
           Melayu la paling banyak memberi alasan untuk berjaya. Tidak sanggup untuk mengambil risiko mengubah kehidupan sendiri. Tidak hairan la 90% dalam program Bersamamu terdiri daripada kaum Melayu. Melayu sempit dalam kerjaya. 
            Melayu ego dalam pemikiran. Ya..dikala kaumnya sendiri bersusah payah merentasi kejayaan,hinaan dan cacian yang dilemparkan. Memang sikap Melayu ke suka melihat kaumnya susah dan susah melihat kaumnya senang? Ya..kerana inilah Melayu jarang berjaya.
            Melayu sempit dalam perbuatan.. tidak hairanlah yang terpampang di muka-muka akhbar kisah pembunuhan,khalwat,rogol kerana Melayu gagal untuk berfikir..

*ini hanya pandangan tidak bermaksud untuk mengutuk kaum sendiri.Renung-renungkanlah*