Wednesday, February 15, 2012

Amin..

Ya ALLAH..Kau permudahkanlah segala urusan hamba ini sesungguhnya pelbagai persoalan bermain di benak fikiran..Berikanlah kekuatan,kecekalan dan kesabaran untuk hamba meneruskan dan menamatkan apa yang telah hamba mulakan.Sesungguhnya setiap perkara ada bangun dan ada rebahnya untuk menggapai sebuah kejayaan.Kuatkan semangat hamba untuk mengharungi nya..Dan jika tertulis jodoh pertemuanku adalah awal,Kau pertemukan hambaMu ini dengan orang yang betul-betul ikhlas dan mampu untuk bergelar seorang khalifah dalam keluarga yang mampu untuk membimbing isteri dan anak-anak ke jalanMu ya Allah..Amin..

Monday, January 23, 2012

Reborn

Assalam..setelah sekian lama menyepi,akhirnya ku luangkan sedikit masa untuk update ku punya blog..Horeyyyyy!! (suka la sangat kan)
Reborn..apa maksud tersirat dan tersurat di sebalik perkataan 'Reborn" ni..aku memang suka dengan perkataan ni..Reborn=kelahiran semula...cupcup..bukan kelahiran semula kepercayaan orang-orang kafir ye..


Ni berkaitan dengan kelahiran semula semangatku..Hari ini semangatku benar-benar pulih. Setelah diduga pelbagai ujian untuk berjaya akhirnya aku tahu kenapa Allah S.W.T  menguji aku dengan penuh dugaan.Ya..di sebalik dugaan yang aku tempuh aku temui satu kekuatan pada diriku..Alhamdulillah..Kau Maha Besar ya Allah..
Untuk menempuh satu kejayaan bukan senang yang penting jangan mudah berputus asa.Disaat DIA mahu berikan  kita satu kejayaan DIA memberi kita pelbagai dugaan untuk kecekalan semangat dan diri kita di uji..
Setelah kita telah lepas dari tahap kesukaran dan dugaan SubhanaALLAH satu kenikmatan yang kita akan rasa di saat cahaya kejayaan muncul..Yang penting jangan  sombong dan riak.
Kata-kata yang selalu aku pegang.Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan jadikan hari esok lebih baik dari hari ini dan jadikan hari-hari yang akan datang lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya untuk jadikan kita orang yang berjaya kerana orang-orang yang berjaya tidak akan menoleh kebelakang.Siapa kita dahulu tidak penting yang penting siapa kita pada masa hadapan dan hari-hari yang berikutnya.

Friday, September 30, 2011

melayu sempit

          Memang sikap Melayu yang berfikiran kolot dan sempit jadi tidak hairan la Melayu dihamba-hambakan oleh bangsa lain. Bukan mahu  mengherdik atau menghina bangsa sendiri tetapi itulah hakikatnya. Memang dah jadi ramuan bagi Melayu untuk ketawakan bangsanya sendiri ekoran kesusahan. 
          Ya.. kenapa manusia yang berbangsa Melayu ini suka melihat,suka mentertawakan bangsanya sendiri yang bergelar Melayu dan beragama Islam ini? Hairan..kenapa orang Melayu tidak pernah mengherdik dan menghina bangsa lain? Mungkin ada..tetapi jarang-jarang benda sebegini berlaku..Sering kita dengar Melayu sesama melayu mengumpat menghina bangsanya sendiri. 
           Melayu adalah bangsa yang paling ego! betul ke? bagi aku 'ya'. Ego dalam kerjaya.Ego dalam pemikiran. Ego dalam perbuatan.
           Melayu la paling banyak memberi alasan untuk berjaya. Tidak sanggup untuk mengambil risiko mengubah kehidupan sendiri. Tidak hairan la 90% dalam program Bersamamu terdiri daripada kaum Melayu. Melayu sempit dalam kerjaya. 
            Melayu ego dalam pemikiran. Ya..dikala kaumnya sendiri bersusah payah merentasi kejayaan,hinaan dan cacian yang dilemparkan. Memang sikap Melayu ke suka melihat kaumnya susah dan susah melihat kaumnya senang? Ya..kerana inilah Melayu jarang berjaya.
            Melayu sempit dalam perbuatan.. tidak hairanlah yang terpampang di muka-muka akhbar kisah pembunuhan,khalwat,rogol kerana Melayu gagal untuk berfikir..

*ini hanya pandangan tidak bermaksud untuk mengutuk kaum sendiri.Renung-renungkanlah*

Friday, August 19, 2011

Senjata yahudi

Merokok adalah senjata yahudi yang berjaya


Mana ada orang merokok baca Bismillah??


Mana ada orang lepas hisap rokok ucap 
Alhamdulillah??


-Menyalakan api adalah kesukaan syaitan
-Meletakkan jari di mulut adalah amalan yahudi
-Mengepit 2 jari pada rokok adalah 
perlambangan salib




Sekian..

Saturday, August 13, 2011

tipu

Sekarang detik jam 1320.Hati ni masih membara sejak semalam.Macam-macam jadi.Sekarang aku nak bercakap soal 'tipu'. 


Mengapa manusia diatas muka bumi yang diciptakan oleh Allah ni suka sangat dengan perkataan 'tipu' ni. Mungkin dah menjadi tabiat sesetengah manusia untuk menipu. Tapi mengapa mesti menipu? Adakah menjadi tabiat dan suka-suka saje untuk menipu? Ataupun untuk menjaga hati dan perasaan orang lain? Ataupun untuk kepentingan diri sendiri? Wallahuallam...


Tipulah sesorang itu menyatakan dirinya tidak pernah menipu sepanjang hayatnya dikandung badan. Aku sendiri pun mengaku dan sedar aku pun pernah juga menipu. Tapi dalam sedar tak sedar padahal ianya adalah satu dosa.Ye..manusia memandang remeh tentang hl ini..'Ala..dengan kata-kata je pon,bukan aku pukul orang.aku tak guna tangan,aku cakap je'. Memang..tapi ia tetap satu dosa! Sesungguhnya percakapan itu lebih berat dari perbuatan. 


Menipu kawan,ibu bapa,guru,orang sekeliling.Mungkin kadang-kadang kita terpaksa menipu untuk menjaga hati orang sekeliling.Ada yang cakap 'alaaa tipu sunat je pon,tak dosanye'. ok.Kita menipu seseorang dengan niat yang baik untuk menjaga hati.Tetapi pernah ke kita berfikir apabila orang yang tertipu itu mengetahui tentang penipuan yang dibuat keatasnya?Dan aku percaya orang itu akan 2 kali ganda sedih dan kecil hati dengan perbuatan kita. Kita dah buat 2 dosa,menipu dan mengecilkan hatinya.Tanya la ulamak-ulamak atau ustaz-ustaz mana pun,selagi ianya merupakan 'tipu' dan maka perbuatan menipu adalah berdosa.
Aku pun bukannya baik sangat tetapi tidak salah untuk aku meluahkan apa yang aku rasa sebagai seseorang yang tertipu dan ditipu walaupun hal yang kecil.Mungkin nasib aku selalu tertipu dan mudah percaya kepada seseorang.Dan tidak salah bagi aku untuk muhasabah diri supaya jauh dari perbuatan menipu dan pengajaran bagi aku utuk lebih beringat dan tidak mudah percayakan orang disekeliling.


Ingatlah kawan-kawan..Jalan yang terbaik adalah dengan berterus terang.Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Wallahuallam.

Friday, August 5, 2011

posto posto

Alhamdulillah...akhirnya berpeluang update blog setelah sekian lama ku tinggalkan..masuk hari ni dah 5 hari umat Islam menjalankan tugas mereka sebagai muslim dan muslimah dengan mengerjakan puasa..Sepanjang 1 bulan lebih ku tinggalkan dunia blog kerana kesibukan melampau. 


Dan Alhamdulillah baru-baru ni dapat 1 anugerah yang membanggakan ma abah dekat kampung. Walaupun tidak se'gempak' pelajar lain,tapi sekurang-kurangnya ada juga sijil yang dapat ku kenang di hari-hari akan datang.


Berbalik kepada bulan puasa,mesti ramai bloggers yang post kan tentang bulan mulia ini. Buat masa sekarang,masih lagi sempurna menjalankan ibadah puasa ni  walaupun dugaanya pelbagai-bagai.
Setelah Ramadhan berakhir,bertandang pula Syawal.Disaat ini lah kesibukan perantau-perantau yang berada di Kuala Lumpur ni mencari tiket raya. Dan aku.....masih lagi tidak ada kesempatan membelinya. InsyAllah..harap ada lagi walaupun bas tambahan.





Monday, June 13, 2011

new mission

ok..lama dah tak update blog..macam2 hal yang berlaku..busy je ek memanjang.ok,ape yang terbaru dalam hidup aku sekarang,aku dah bekerja.even keje biasa2 je,tpi penat wooo..(saje je lebih pdahal keje simple je).saje je nak cari duit lebih sikit..tak nak depend on my parents 100% tambah-tambah dah nak habis belajar,kena bayar pinjaman..penat2..

p/s : to my bff, slamat bergelar blogger,n semoga menjadi blogger yang sejati k..blogwalking 2 penting.