Friday, August 19, 2011

Senjata yahudi

Merokok adalah senjata yahudi yang berjaya


Mana ada orang merokok baca Bismillah??


Mana ada orang lepas hisap rokok ucap 
Alhamdulillah??


-Menyalakan api adalah kesukaan syaitan
-Meletakkan jari di mulut adalah amalan yahudi
-Mengepit 2 jari pada rokok adalah 
perlambangan salib




Sekian..

Saturday, August 13, 2011

tipu

Sekarang detik jam 1320.Hati ni masih membara sejak semalam.Macam-macam jadi.Sekarang aku nak bercakap soal 'tipu'. 


Mengapa manusia diatas muka bumi yang diciptakan oleh Allah ni suka sangat dengan perkataan 'tipu' ni. Mungkin dah menjadi tabiat sesetengah manusia untuk menipu. Tapi mengapa mesti menipu? Adakah menjadi tabiat dan suka-suka saje untuk menipu? Ataupun untuk menjaga hati dan perasaan orang lain? Ataupun untuk kepentingan diri sendiri? Wallahuallam...


Tipulah sesorang itu menyatakan dirinya tidak pernah menipu sepanjang hayatnya dikandung badan. Aku sendiri pun mengaku dan sedar aku pun pernah juga menipu. Tapi dalam sedar tak sedar padahal ianya adalah satu dosa.Ye..manusia memandang remeh tentang hl ini..'Ala..dengan kata-kata je pon,bukan aku pukul orang.aku tak guna tangan,aku cakap je'. Memang..tapi ia tetap satu dosa! Sesungguhnya percakapan itu lebih berat dari perbuatan. 


Menipu kawan,ibu bapa,guru,orang sekeliling.Mungkin kadang-kadang kita terpaksa menipu untuk menjaga hati orang sekeliling.Ada yang cakap 'alaaa tipu sunat je pon,tak dosanye'. ok.Kita menipu seseorang dengan niat yang baik untuk menjaga hati.Tetapi pernah ke kita berfikir apabila orang yang tertipu itu mengetahui tentang penipuan yang dibuat keatasnya?Dan aku percaya orang itu akan 2 kali ganda sedih dan kecil hati dengan perbuatan kita. Kita dah buat 2 dosa,menipu dan mengecilkan hatinya.Tanya la ulamak-ulamak atau ustaz-ustaz mana pun,selagi ianya merupakan 'tipu' dan maka perbuatan menipu adalah berdosa.
Aku pun bukannya baik sangat tetapi tidak salah untuk aku meluahkan apa yang aku rasa sebagai seseorang yang tertipu dan ditipu walaupun hal yang kecil.Mungkin nasib aku selalu tertipu dan mudah percaya kepada seseorang.Dan tidak salah bagi aku untuk muhasabah diri supaya jauh dari perbuatan menipu dan pengajaran bagi aku utuk lebih beringat dan tidak mudah percayakan orang disekeliling.


Ingatlah kawan-kawan..Jalan yang terbaik adalah dengan berterus terang.Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Wallahuallam.

Friday, August 5, 2011

posto posto

Alhamdulillah...akhirnya berpeluang update blog setelah sekian lama ku tinggalkan..masuk hari ni dah 5 hari umat Islam menjalankan tugas mereka sebagai muslim dan muslimah dengan mengerjakan puasa..Sepanjang 1 bulan lebih ku tinggalkan dunia blog kerana kesibukan melampau. 


Dan Alhamdulillah baru-baru ni dapat 1 anugerah yang membanggakan ma abah dekat kampung. Walaupun tidak se'gempak' pelajar lain,tapi sekurang-kurangnya ada juga sijil yang dapat ku kenang di hari-hari akan datang.


Berbalik kepada bulan puasa,mesti ramai bloggers yang post kan tentang bulan mulia ini. Buat masa sekarang,masih lagi sempurna menjalankan ibadah puasa ni  walaupun dugaanya pelbagai-bagai.
Setelah Ramadhan berakhir,bertandang pula Syawal.Disaat ini lah kesibukan perantau-perantau yang berada di Kuala Lumpur ni mencari tiket raya. Dan aku.....masih lagi tidak ada kesempatan membelinya. InsyAllah..harap ada lagi walaupun bas tambahan.